Baru setahun menempa nama di dalam industri seni, nama MK K-Clique ataupun nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin semakin melonjak dan digilai ramai para gadis.
Maklumlah, penyanyi ini mempunyai suara yang lunak serta rupa paras yang kacak. Sudah pasti ramai gadis tergilakannya.
Terbaharu, hantaran MK yang di muat naik di laman Instagram (@hairiwhuut) mendedahkan ‘teman wanita’ nya itu memberi kejutan buat ramai pihak terutama mereka yang meminatinya!
View this post on Instagram
Rupa-rupanya setelah disiasat, gadis di dalam video berkenaan adalah kakak kepada MK!
Fuh mesti korang gugur jantung kan?
Meninjau di ruangan komen, ramai peminat dan pengikutnya terkejut melihat hantaran itu tetapi tidak jadi untuk ‘patah hati’ selepas MK mendedahkan hal sebenar di hujung video berkenaan.
Aduhai buat punchline betul MK ni ya. So korang semua dah boleh menarik nafas lega lah.
Sebelum ini pernah tular beberapa video dan foto MK bersama seorang gadis berhijab dan ada desas-desus mengatakan MK bercinta dengan gadis tersebut, namun MK menafikan perkara berkenaan.
Nampaknya teka-teki mengenai siapa ‘buah hati’ penyanyi berkenaan belum lagi terjawab.
Sumber : Instagram Hairiwhuut
Post comments (0)