Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muat Naik Foto Bersenam, Netizen Persoal Penampakan ‘Tatu’ Di Badan Scha Elinnea

today20 January 2021

Background

Tidak pernah sunyi daripada kontroversi, pelakon baharu sensasi, Scha Elinnea sekali lagi menjadi perhatian umum apabila memuat naik foto yang memaparkan aksi lincah dirinya sedang membuat Fly Yoga ataupun Pilates di laman sosial Instagram miliknya.

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Foto yang dimuat naik itu dilihat agak seksi dan turut menampakkan ‘tatu’ di beberapa bahagian di badannya sehingga mengundang persoalan netizen dan pengikut Scha.

Namun tidak cepat melatah, Scha tampil menjawab persoalan-persoalan netizen, mengatakan bahawa ia adalah tatu palsu yang ditampal di badannya.

Bercakap mengenai penampilannya yang seksi, menurut laporan Harian Metro sebelum ini, pelakon itu mengakui dia hanya mahu menjadi diri sendiri dan keluarganya tidak kisah dengan tindakannya itu kerana mereka lebih terbuka dengan hal berkenaan.

“Keluarga saya jenis tak kisah dan mereka tahu saya kerap berpenampilan seksi, malah ibu saya sendiri mengikuti saya di media sosial.

“Keluarga saya bersikap terbuka, asalkan saya tak buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga seperti mengambil dadah, berkhalwat atau hamil anak luar nikah.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe, peminat dan pengikutnya di laman sosial juga tidak kisah melihat dirinya berpakaian seksi.

“Malah peminat juga tiada masalah apabila melihat saya memakai pakaian seksi. Mereka menyokong penampilan yang saya gayakan,” katanya.

Demikian kata-kata Scha, jadi dah terjawablah sebenarnya tatu tersebut rupanya tatu palsu.

Kita husnuzon okay guys!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-20T151759.254

Sosial

Sentiasa Bersedekah Dan Membantu Jemaah Tabligh, Isteri Kenang Pemergian Dr Ali

Isteri kepada Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia pada semalam tampil berkongsikan kisah dan keperibadian beliau yang terpuji ketika hayatnya sebelum ini. Perkongsian itu dibuat isterinya Asilah Alaqarny di Facebook terlebih dahulu menjelaskan salah faham mengenai punca kematian suaminya sebelum mengenang kembali keperibadian arwah. Kisah Dr Ali sebelum ini menjadi perhatian media dan juga netizen selepas ada dakwaan yang mengatakan beliau... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *