Tidak pernah sunyi daripada kontroversi, pelakon baharu sensasi, Scha Elinnea sekali lagi menjadi perhatian umum apabila memuat naik foto yang memaparkan aksi lincah dirinya sedang membuat Fly Yoga ataupun Pilates di laman sosial Instagram miliknya.
Foto yang dimuat naik itu dilihat agak seksi dan turut menampakkan ‘tatu’ di beberapa bahagian di badannya sehingga mengundang persoalan netizen dan pengikut Scha.
Namun tidak cepat melatah, Scha tampil menjawab persoalan-persoalan netizen, mengatakan bahawa ia adalah tatu palsu yang ditampal di badannya.

Bercakap mengenai penampilannya yang seksi, menurut laporan Harian Metro sebelum ini, pelakon itu mengakui dia hanya mahu menjadi diri sendiri dan keluarganya tidak kisah dengan tindakannya itu kerana mereka lebih terbuka dengan hal berkenaan.
“Keluarga saya jenis tak kisah dan mereka tahu saya kerap berpenampilan seksi, malah ibu saya sendiri mengikuti saya di media sosial.
“Keluarga saya bersikap terbuka, asalkan saya tak buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga seperti mengambil dadah, berkhalwat atau hamil anak luar nikah.
Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe, peminat dan pengikutnya di laman sosial juga tidak kisah melihat dirinya berpakaian seksi.
“Malah peminat juga tiada masalah apabila melihat saya memakai pakaian seksi. Mereka menyokong penampilan yang saya gayakan,” katanya.
Demikian kata-kata Scha, jadi dah terjawablah sebenarnya tatu tersebut rupanya tatu palsu.
Kita husnuzon okay guys!