Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Muka Jawa Nak Cakap English” Gadis Cantik Ini Dikecam, Lihat Respon Positif Daripada Netizen

today27 October 2020

Background

Kita semua tahu Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua pertuturan di Malaysia dan itu membuatkan ramai orang berusaha untuk mempelajari bahasa tersebut.

Tak salah pun kalau seseorang itu gemar berbahasa Inggeris di media sosial untuk tujuan content atau suka-suka sebab ada sesetengah orang lebih selesa berbahasa Inggeris kan?

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syasya ada kongsikan kata-kata negatif yang diterimanya daripada salah seorang rakannya kerana terlampau kerap berbahasa Inggeris di media sosial.

Menurutnya itu bukan pertama kali dia menerima kata-kata begitu tetapi disebabkan ayat sedemikian sering keluar daripada mulut rakannya, dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di twit berkenaan berasa tidak setuju dengan kata-kata kasar itu dan beranggapan tiada salahnya kalau kita nak bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Dalam masa yang sama ramai yang mempersoalkan mengapa perlu diberi perumpamaan ‘berbahasa Inggeris tetapi muka Jawa?”

Selain itu, ada juga yang memberi pendapat bahawa ‘rakan’ yang gemar bergurau kasar ini kadang-kala menjengkelkan dan pastinya kalau kata-kata itu diberi semula kepadanya, mesti dia juga akan rasa marah.

Ada orang tak kisah kalau bergurau kasar tetapi setiap gurauan kasar itu ada had yang mana sekiranya melampaui batas pasti akan mengganggu fikiran seseorang itu.

Kepada sesiapa yang gemar untuk berbahasa Inggeris di media sosial, teruskan sahaja kerana dengan cara itu sedikit sebanyak dapat mengasah lagi penggunaan bahasa tersebut.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

collage

Sosial

Wanita Dari Penang Catat Rekod, Berjaya Raih 40 Sijil Profesional Dalam Masa 5 Tahun

Kejayaan tidak selalunya datang bergolek dan usaha adalah satu-satunya kunci untuk melangkah jauh dalam hidup. Mungkin itulah apa yang difikirkan oleh orang-orang yang mahu berjaya. Seorang wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Pulau Pinang telah mencatatkan kejayaan luar biasa sehingga berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records dengan kejayaannya meraih 40 sijil profesional dalam masa lima tahun. Kisah kejayaan Priscilla Prasena ini... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today27 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *