Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nak Kahwin Punya Pasal, Pengantin Ini Meninggal Dunia Kerana Rawatan Sedut Lemak

today19 October 2020

Background

Sebagai seorang bakal pengantin, kita pasti la mahukan bentuk badan yang menarik sebelum tibanya hari bersejarah itu.

Disebabkan itu, seorang wanita berusia 23 tahun dikenali sebagai Coco Siew Zhi Shing telah disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan menyedut lemak di sebuah pusat kecantikan di Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu.

Menurut sebuah akhbar tempatan, mangsa ingin melakukan persediaan awal sebelum majlis perkahwinannya bersama dengan pasangan yang merupakan warga Afrika Selatan itu pada 2021.

Siasatan pihak polis mendapati klinik tersebut mempunyai lesen sah berdaftar tetapi tidak ada kepakaran untuk melakukan prosedur sedut lemak.

Pemilik klinik kecantikan itu memberitahu bahawa dia telah didesak oleh mangsa untuk tetap melakukan prosedur berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly menjelaskan kejadian cemas itu berlaku apabila mangsa menerima suntikan di bahagian tangan sebelum dia mula mengalami sesak nafas sehingga menyebabkan muka dan badan menjadi pucat lalu pengsan.

Panik dengan apa yang telah berlaku, pemilik pusat kecantikan itu telah menghubungi ambulans dan mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Disebabkan itu, pihak polis telah menahan pemilik itu bersama dengan anak perempuannya bagi siasatan lanjut dan mereka telah direman selama tiga hari sehingga 21 Oktober ini.

Pusat kecantikan itu juga telah memadam semua posting mereka di Facebook dan masih lagi belum membuat sebarang permohonan amaf atas insiden tersebut.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Gadis Ini Meninggal Dunia Selepas Buat Pembedahan Buang Lemak Tidak Berlesen Di KL

Menerusi kenyataan di Facebook, mereka memberi amaran kepada pusat kecantikan dan 'medispa' yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan perkara biasa untuk mempromosikan perkhidmatan mereka walaupun tidak mempunyai lesen yang sah. "Mereka mungkin menyamar sebagai doktor perubatan atau menggunakan istilah perubatan kecantikan untuk menarik pelanggan mereka bagi melakukan prosedur""Kadar komplikasi semakin tinggi dan kematian juga telah dilaporkan dalam amalan tidak berlesen ini," katanya... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *