Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Nak Mommy Jadi Princess Everyday” Nora Danish ‘Dibuli’, Ney Ney Mahu Dirinya Pakai Gaun Setiap Hari

today17 January 2021

Background

Sudah menjadi adat jika miliki anak kecil, pelbagai ragam dan kerenah akan timbul di mana kita sebagai ibu bapa, perlu sabar melayan mereka.

Terbaharu, bagi yang mengikuti perkembangan dan keletah anak bongsu pelakon dan model terkenal Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau panggilan manjanya, Ney Ney pasti sudah tahu betapa comel dan ‘banyak akal’ anak bongsu pelakon itu.

Melihat di laman Instagram Nora, beliau ada memuat naik satu video dan foto di mana Nora dipaksa untuk memakai gaun kembang kerana anak bongsunya Ney Ney mahu memanggilnya ‘Princess’!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“Mommy kena buli ngan Ney2 , everyday kena pakai baju mcm princess ? “ princess is everything “ katanya…. help me !!!!! ????” 

Menurut pelakon itu, beliau ‘dibuli’ oleh anaknya itu yang mahu dirinya memakai gaun seperti seorang puteri setiap hari! Aduhai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan warganet turut terhibur melihat kerenah anak bongsu Nora itu.

Semoga tabah melayani kerenah anak-anak ya Nora!

Sumber : Instagram Nora Danish

Baca artikel sebelum ini : Bijak! Anak Nora Danish Hafal Alif Ba Ta, Tapi Gaya Macam Mengira Pula

Written by: Fieyna Azman


Previous post

unnamed-1

Sosial

Tidak Akil Baligh Dan Berwajah Comel, Lelaki Berusia 32 Tahun Ini Akui Menghidapi ‘Highlander Syndrome’

Rata-rata netizen terutamanya para gadis kini lebih memilih calon suami yang mempunyai ketinggian 180cm ke atas dan menunjukkan sisi kematangan gentleman persis oppa Korea yang pastinya menjadi kegilaan ramai. Tidak semua jejaka Korea berjaya mencapai ketinggian pada 180cm dan uniknya ada antara mereka juga belum berjaya mencapai akil baligh walaupun sudah lewat 30an. Bagi yang belum mengetahui, penyakit ini digelar sebagai ‘Highlander Syndrome’.

today17 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *