Hot FM

“Nak Mommy Jadi Princess Everyday” Nora Danish ‘Dibuli’, Ney Ney Mahu Dirinya Pakai Gaun Setiap Hari

Sudah menjadi adat jika miliki anak kecil, pelbagai ragam dan kerenah akan timbul di mana kita sebagai ibu bapa, perlu sabar melayan mereka.

Terbaharu, bagi yang mengikuti perkembangan dan keletah anak bongsu pelakon dan model terkenal Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau panggilan manjanya, Ney Ney pasti sudah tahu betapa comel dan ‘banyak akal’ anak bongsu pelakon itu.

Melihat di laman Instagram Nora, beliau ada memuat naik satu video dan foto di mana Nora dipaksa untuk memakai gaun kembang kerana anak bongsunya Ney Ney mahu memanggilnya ‘Princess’!

“Mommy kena buli ngan Ney2 , everyday kena pakai baju mcm princess ? “ princess is everything “ katanya…. help me !!!!! ????” 

Menurut pelakon itu, beliau ‘dibuli’ oleh anaknya itu yang mahu dirinya memakai gaun seperti seorang puteri setiap hari! Aduhai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan warganet turut terhibur melihat kerenah anak bongsu Nora itu.

Semoga tabah melayani kerenah anak-anak ya Nora!

Sumber : Instagram Nora Danish

Baca artikel sebelum ini : Bijak! Anak Nora Danish Hafal Alif Ba Ta, Tapi Gaya Macam Mengira Pula

Exit mobile version