Geli hati melihat gelagat-gelagat kebanyakan individu ketika melalui sekatan jalan raya seperti yang sering dikongsikan di laman sosial.

Salah satunya adalah pakcik yang tular ini di mana beliau mahu merentas negeri sama seperti orang lain tetapi perlu melalui sekatan polis terlebih dahulu.
Difahamkan, pak cik ini dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur.
Apa yang mencuit hati warganet adalah, apabila ditanya oleh pihak polis mengenai tujuannya merentas negeri.
Bini 1 bini 2 bini 3 pic.twitter.com/BP2XWQGByV
— akeem (@AkeemSharyzal) November 18, 2020
“Gi mana cik?” – Tanya polis wanita
“Gi Kuala Lumpur” – Pak cik
“Jauh tu Kuala Lumpur tu buat apa? – Polis wanita
“Gi umah bini 1, bini 2, bini 3” – ujar Pak cik sambil tersengih
Jawapan yang diberi pakcik itu mencuit hati polis wanita ini, malah turut mengundang komen-komen lucu daripada netizen.

Sebelum ini, tular satu video mengenai seorang anggota polis menunjukkan simbol ‘love’ kepada seorang pemandu wanita yang juga merupakan isterinya semasa melalui sekatan jalan raya sehingga menarik perhatian ramai.
Post comments (0)