Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nekad Kuruskan Badan Dengan Cikgu, Kini Ada Yang Ingat Mereka Bercinta Pula!

today15 October 2020

Background

Sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat tercapai sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkan sesuatu, maka dengan itu kita mesti la akan berusaha bersungguh-sungguh kan?

Itu la yang dilakukan oleh seorang pelajar bernama Daniel Jamal apabila dia berjaya menurunkan berat badannya dengan niat yang baik.

Menurut perkongsian Daniel di Twitter pada 13 Oktober lalu, dia dan gurunya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan bersama-sama.

Jelasnya, sebelum ini berat badanya telah mencecah 121kg dan kini dia sedang dalam proses bagi mendapatkan berat badan yang ideal walaupun sudah mencapai berat 87kg.

Nampak aku macam biasa je kan sebab aku in progress lagi.

Sebab utama mengapa dia ingin menurunkan berat badan ialah selepas kehilangan bapa yang tersayang, ketika itu bapanya ada meminta dia untuk menurunkan berat badan.

Selepas kematian bapanya, dia nekad untuk merealisasikan harapan arwah bapanya, dalam masa yang sama disebabkan dia seorang sahaja anak lelaki di dalam keluarga, dia rasa bertanggungjawab untuk menjaga seluruh ahli keluarganya.

Namun ada juga beberapa warganet yang beranggapan Daniel sedang menjalin cinta bersama gurunya itu selepas melihat gambar mereka berdua yang menunjukkan masing-masing sudah berjaya menurunkan berat badan.

Guys, ni cikgu aku dulu dia jaga kelas aku, sekarang dah tak cuma kitorang selalu bertegur je dekat sekolah. Waktu tu terserempak, alang-alang ambil gambar sekali. Jangan buat fitnah kata aku date ya.

Netizen berasa bangga dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Daniel dan gurunya itu sehingga ada yang meminta supaya dia kongsikan tips untuk menurunkan berat badan.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

ou1

Sosial

1 Utama Dakwa Berlaku ‘Salah Faham’ Dalam Laporan 44 Pegawai Keselamatannya Positif COVID-19

Susulan daripada laporan yang menyatakan terdapat sehingga 44 kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja keselamatan mereka, pihak 1 Utama pagi ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Menurut mereka, 44 kes yang dilaporkan itu tidak berasal daripada bangunan mereka dan bukannya dikenal pasti melalui ujian saringan besar-besaran yang dilakukan mereka baru-baru ini. Terdahulu, pihak pengurusan 1 Utama sebelum ini menjalankan ujian swab test secara besar-besaran... Klik sini untuk baca […]

today15 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *