Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Sebak Lihat Rakaman Video Ini, Seorang Wanita Menangis Pemilik Bengkel Tak Kenakan Caj RM10

today11 November 2020

Background

Pada masa sekarang ini, kita boleh katakan bahawa wang ringgit sangat penting untuk kelangsungan hidup.

Pada 10 November lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @jalalmisai68 telah memuat naik satu video pendek menunjukkan seorang wanita menitiskan air mata di sebuah bengkel kereta.

https://twitter.com/jalalmisai68/status/1326182045542875138

Difahamkan video tersebut telah dikongsikan dalam Whatsapp group Bos-Bos Bengkel Semalaysia yang mana ia merupakan video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bengkel.

Wanita tersebut kelihatan menitiskan air mata apabila pemilik bengkel tersebut tidak mengenakan bayaran sebanyak RM10 selepas membaiki kenderaannya.

Mungkin bagi segelintir daripada kita RM10 bukan la amount yang besar tetapi ia merupakan jumlah yang berharga buat wanita tersebut.

Dia sempat mengesat air matanya sebelum meninggalkan bengkel bersama dengan kereta miliknya.

Rata-rata netizen memuji sikap baik pemilik bengkel tersebut kerana dia telah memudahkan urusan wanita tersebut yang kemungkinan memerlukan wang untuk urusan yang lebih penting.

Sikap murni seperti ini boleh dijadikan contoh dan semoga kita semua turut dapat membuat kebaikan kepada orang lain.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Albot gagalkan misi Shapovalov | Harian Metro

Sofia, Bulgaria: Impian Denis Shapovalov untuk menamatkan musim dengan mengisi kelompok 10 ranking teratas dunia tidak kesampaian selepas tewas kepada Radu Albot pada pusingan kedua Terbuka Sofia, awal pagi tadi. Shapovalov yang juga pilihan utama kejohanan tewas mudah 6-2, 6-4 manakala Albot akan menentang pilihan kelima, Adrian Mannarino atau pemain Belarus, Egor Gerasimov di suku akhir. "Saya sangat gembira. Saya fokus dan fikir keseluruhan perlawanan dan bukannya apa yang dia... […]

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *