Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nor Aqilah, Mangsa Terselamat Hidu Gas Karbon Monoksida Dijangka Discaj Hospital 6 Oktober

today6 October 2020

Background

Sebelum ini tiga daripada empat orang wanita meninggal dunia apabila mereka tertidur di dalam kereta ketika berhenti berehat di Shell Sama Gagah Lebuhraya PLUS pada 16 September 2020. Menurut laporan, hanya seorang daripada mangsa yang selamat dari kemalangan jiwa itu.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad memaklumkan satu-satunya mangsa terselamat iaitu Nor Aqilah, dilaporkan stabil dan berada dalam pemantauan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Kuala Lumpur.

“Hari ini, Nor Aqilah menjalani pemeriksaan mata dan doktor merawatnya memaklumkan penglihatannya bertambah baik tetapi perlu mengambil ubat serta menjalani rawatan susulan.

Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis | Astro Awani

Nor Aqilah difahamkan tidak memerlukan fisioterapi kerana sudah boleh berjalan seperti biasa dan juga sudah boleh didiscaj hari ini.

“Malah dia juga tidak memerlukan fisioterapi kerana sudah boleh berjalan seperti biasa. Menurut pegawai perubatan, dia mungkin akan discaj petang ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Baca cerita sebelum ini : Tiga Sekawan Maut, Seorang Kritikal Terhidu Gas Karbon Monoksida

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

“Dilarang Keluar, Masuk Sabah Mulai 7 Oktober”

"Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah."Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today6 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *