Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Norlia Ghani Santai Jawab Gurauan Netizen, Apa Reaksi Kavita Sidhu Pula?

today19 January 2021

Background

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon veteran terkenal, Norlia Ghani trending di merata media sosial!

Al-kisahnya, ada seorang individu di Twitter memuat naik ciapan mengagumi kecantikan Kavita Sidhu yang kini berusia 49 tahun, namun apa yang mengundang perhatian netizen adalah apabila individu itu memberi perbezaan Kavita dengan pelakon veteran kegemaran ramai yang kini berusia 79 tahun itu.

Nampaknya ciapan yang hangat itu turut mengundang respon dari salah seorang ahli keluarga kepada pelakon veteran berkenaan yang kesal dengan tindakan individu tersebut yang dianggap tidak menjaga sensitiviti.

Dalam pada itu, pada 19 Januari 2021, Geng Pagi Hot sempat membuat panggilan kepada pelakon veteran berkenaan untuk mendapatkan respon darinya mengenai perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?????? (@hotfm976)

Menurut Norlia Ghani atau lebih mesra dipanggil mama, beliau bukanlah seorang yang aktif di media sosial dan perkara sebegitu hanya dianggap sebagai gurauan baginya.

“Alahhh itu agaknya dia nak bergurau je, cuma dia jolok tu salah tempat, salah sarang tebuan”

Apabila ditanya sama ada Mama Norlia terasa hati mengenai perkara itu, ini responnya :

“Mama tak kecik hati lah. Benda-benda macamtu tak payah la layan”

Sementara itu, usaha kami untuk menghubungi model berkenaan masih lagi tidak berjawab.

Agak-agaknya apa reaksi Kavita mengenai perkara ini ya?

Sama-sama kita nantikan.

 

 

Sumber : Instagram Hot FM & Twitter.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

11DE7BC5-300B-49B7-8793-88ED6D57CF1D

Sosial

Tony Fernandes Dakwa Cara Pemerintah Tangani COVID-19 ‘Mengerikan’

Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan ketua AirAsia Group Bhd berkata bahawa cara penyelarasan COVID-19 yang dikendalikan oleh pelbagai kerajaan sangat ‘mengerikan’ sehingga memberi kesan kepada industri pelancongan dan penerbangan, lapor The Edge. BBC semalam menyebut bahawa Tony Fernandes menyatakan bahawa dalam sejarahnya mengendalikan perniagaan penerbangan, dia tidak pernah lihat situasi di mana sesuatu perkara itu tidak dikendalikan dengan selaras.

today19 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *