Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Padah Cucuk Belakang, Pemandu Mahu Elak Tol Ini Kena ‘Sekolah’ Dengan Mangsa

today30 October 2020

Background

Ini bukanlah kali pertama kita melihat aksi ‘mencucuk’ atau mengekori kereta hadapan untuk mengelak daripada membayar tol.

Walaupun sudah memasuki tahun 2020, namun masih ada individu yang tidak bertanggunggjawab melakukan tindakan tidak bermoral ini.

Perkara ini sememangnya harus dihentikan kerana ia juga boleh mengundang padah kepada pemandu-pemandu lain.

Terbaharu kejadian berlaku di Plaza Tol Exit Kuala Terengganu di Lebuhraya LPT, di mana sebuah kereta jenis Perodua Myvi mencucuk kereta pemilik kenderaan, Kamazuki Junuh iaitu jenis Land Rover Defender daripada belakang kerana mahu mengelak daripada membayar tol yang berharga lebih kurang RM18.

Nak cucuk belakang aku tak nak bayar tol exit Kuala Terengganu LPT. Nasib baik aku sedar dan stop betul betul selepas…

Posted by Kamazuki Junuh on Thursday, 29 October 2020

 

Kamazuki ketika dihubungi Hot FM berkata, dia sempat memberhentikan kenderaannya selepas palang ditutup dan  malang tidak berbau, pemandu Perodua Myvi ini gagal melepas palang menyebabkan kenderaanya terpaksa reverse dan pergi ke lorong sebelah untuk membayar tol.

Perkara itu sempat dirakamkan oleh Kamazuki yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh pemandu Myvi itu.

“Nak cucuk belakang aku tak nak bayar tol exit Kuala Terengganu LPT. Nasib baik aku sedar dan stop betul betul selepas palang. Baru dia nak reverse pergi lane sebelah dan bayar.”

“Orang lain boleh kau nak cucuk belakang dengan aku jangan. Tengok la kereta apa kau nak cucuk tu. Kereta dekat 2 tan berat memang taklah aku nak bagi muka.”

Kamazuki turut berkata, bukan pemandu Myvi itu sahaja yang melakukan perbuatan itu, malah rakannya yang menaiki kereta Honda Jazz turut melakukan perkara sama di lorong sebelah.

“Kawan dia yang sorang lagi bawa Jazz GK lepas cucuk kereta kat lane sebelah. Harap dia ingat maki aku sampai tua. Hahah”- Tulis Kamazuki

Difahamkan ini juga bukan kali pertama pemandu Myvi berkenaan melakukan perkara itu. Meninjau di laman sosial Twitter, pemandu Myvi berkenaan pernah tular kerana melakukan perkara yang sama.

No description available.

Kredit Twitter : @SufianABD

Aduhai tolong lah guys, jangan selfish dan bahayakan nyawa orang lain.

Sebelum bergerak ke sesuatu tempat, pastikan dulu baki kad Touch & Go mencukupi.

Sama-sama lah kita jadi rakyat Malaysia yang bermoral.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage – 2020-10-30T170629.972

Sosial

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Sejak pagi tadi tular sebuah rakaman video tular yang memaparkan kejadian sebuah Perodua Myvi yang cuba untuk mengelak daripada membayar tol di media sosial. Video berkenaan dimuat naik sendiri pemilik kenderaan yang hampir menjadi mangsa ‘cucuk’ itu selepas menyedari cubaan yang dibuat Perodua Myvi yang berada di belakangnya ketika itu. Perodua Myvi yang cuba mengelak untuk membayar tol. FOTO: Kamazuki Junuh Bercakap kepada The Vocket, pemilik... Klik sini untuk baca […]

today30 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *