Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Padah Terkejutkan Krew Di Set Penggambaran, Izzue Islam Kena ‘Piat Telinga’ Dengan Aeril Zafrel!

today5 February 2021

Background

Bergurau senda sesama kawan seakan sudah menjadi suatu perkara biasa bagi mereka yang suka bergurau.

Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon terkenal, Izzue Islam atau nama penuhnya Muhammad Izzul Islam bin Mazlan yang memuat naik video mengusik rakan-rakannya di set penggambaran baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

“Sape yang rembat roti aku tu baik ngaku je! ?” tulis Izzue

Melihat di dalam video berkenaan, Izzue sengaja ‘berlakon’ menjadi gengter sambil menyebut “roti aku mana roti aku? Aku lapar!” katanya sambil memegang pistol palsu.

Habis terkejut dan terpinga-pinga semua krew-krew tiba-tiba ada ‘gengster roti’ pula di situ kan!

Akan tetapi apa yang melucukan hati adalah apabila melihat salah seorang krew di set penggambaran itu terkejut beruk dengan suara Izzue menjerit, siap melatah dua kali! Aduhai.

Sementara itu di dalam video berkenaan, ada penampakan kelibat King Of TikTok juga, siapa lagi kalau bukan Aeril Zafrel.

Siap tersengih melihat Izzue dengan gelagat gilanya itu, Aeril turut sporting ikut melayan kerenah Izzue. Siap kena piat telinga tau!

Haa tu lah nakal sangat, kan dah kena dengan Aeril!

Sumber : Instagram Izzue Islam

Baca artikel berkaitan : “Sedap Dooh” – Lagu ‘Biar’ Izzue Islam Dapat Pujian Peminat

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

“Mungkin Boleh Tiru Cara Jepun”

Tambahnya lagi, dengan hanya menggunakan pita pelekat, jarak antara jemaah dapat dijaga. Jimat, mudah dan berkesan."Mungkin kita boleh aplikasikan kaedah ini di Malaysia juga selepas keadaan makin reda. Takut betul tengok kes harian pada hari ini."Masjid Hamamatsu ni sangat kecil untuk dibandingkan dengan masjid di Malaysia, namun masih berusaha untuk menunaikan ibadahNya," katanya.Berikut di bawah adalah cadangan boleh buat solat Jumaat di masjid-masjid Malaysia pada setiap 45 minit... Klik sini […]

today5 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *