Lumrah kehidupan, manusia dicipta berpasang-pasangan, begitu juga dengan haiwan yang cenderung kepada perkara yang sama.
Untuk mengukuhkan lagi ikatan hubungan, manusia kebiasaannya akan berkahwin bagi menjadi suami isteri, begitu juga dengan haiwan yang perlu ‘disatukan’.
Perkara tersebut turut bakal berlaku kepada dua ekor badak air ini selepas berita berkenaan tular di laman Twitter.

Menurut sebuah portal online, pasangan badak air yang dinamakan sebagai Jiwang dan Juwita bakal disatukan dalam majlis perkahwinan pertama melibatkan haiwan di negara ini di Sunway Lost World of Tambun, Perak.
Bukan biasa-biasa, wedding of the year itu akan berlangsung pada malam 21 April yang bertemakan glamor, dongeng dan ala Melayu Tradisional.
Walaupun mustahil untuk kita ketahui sama ada kedua-dua ‘mempelai’ ini gemuruh atau tidak menjelang hari bahagia esok, apa-apa pun sama-samalah kita ucapkan selamat pengantin baru kepada Jiwang dan Juwita.
Sumber: Bernama