Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Patut Dulu Aku Report” Isu KPDNHEP Serbu Premis Makanan Buat Pelajar Asrama Throwback Kenangan Lama

today4 November 2020

Background

Pada 2 November lalu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyerbu premis perniagaan selepas mendapat maklumat tentang penggunaan bahan palsu dalam makanan.

Pihak mereka telah mengeluarkan saman terhadap premis terbabit kerana menghidangkan minuman dengan jenama dan kualiti berlainan berbanding yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dikenakan itu.

Mereka berasa berpuas hati kerana selama ini mereka bagaikan telah ditipu oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang menjadi lucu ialah ada netizen yang memuat naik twit mereka di laman Twitter memberitahu tentang kekesalan mereka kerana tidak membuat laporan itu ketika berada di bangku sekolah dahulu.

Sesiapa yang pernah ada pengalaman masuk ke sekolah berasrama mesti akan lalui situasi yang mana makanan yang diberikan mempunyai rasa berlainan.

Kebiasaannya kalau di asrama, pastinya situasi begitu sudah menjadi kebiasaan buat semua pelajar sehingga ada yang sanggup tahan lapar kerana tidak mahu makan makanan ‘fake’.

Bukan setakat makanan, air pun kadang-kadang ada rasa pelik.

Namun ada beberapa netizen memaklumkan bahawa kebanyakan dewan makan di sekolah asrama mempunyai syarikat tender makanan yang tersendiri dan perkara itu tidak dapat dielakkan oleh pihak asrama.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Gelagat Spontan Mak Cik Ini Semasa Scan Suhu Buat Ramai Gelak Sakan

Tak lengkaplah sesebuah keluarga itu jika tiada penyeri. Selain kawan-kawan, keluarga juga adalah tempat utama kita untuk berkongsi masalah dan juga gelak tawa. Setuju?Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter di mana seorang gadis telah memuat naik video ibunya di hadapan sebuah premis ketika scan suhu di dahi.Memandangkan sekarang masih lagi musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setiap premis akan sediakan stand thermometer atau alat penembak di dahi.Tapi kedai... Klik sini […]

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *