Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar Ini Tular Kerana Tak Mampu Bayar Yuran Pengajian, Ebit Lew Terus Datang Taja RM40,000

today11 February 2021

Background

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dapat diibaratkan sebagai seorang dermawan yang pantas dalam menyumbang kepada orang ramai yang memerlukan.

Jumlah bantuan yang disumbangkan pula bukanlah sedikit.

Keperibadian beliau ini sangat dikagumi rakyat Malaysia dan dapat menjadi contoh yang sangat baik buat semua.

Terbaharu pada 11 Februari 2021, Ebit Lew telah berkongsi satu hantaran di Facebook miliknya.

Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya…

Posted by Ebit Lew on Wednesday, 10 February 2021

 

Perkongsian tersebut memberitahu tentang bantuan yang beliau salurkan kepada seorang pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya yang tular dengan kisahnya kerana mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pelajaran.

Melalui tulisan pada hantaran itu:-

“Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.

Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat cgpa 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).

Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.

Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer”

Sementara itu, Ebit Lew juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang menyumbangkan bantuan kepada pelajar tersebut, serta turut menghargai pihak media yang melaporkan:-

“Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..”

Mulia sungguh hati Ebit Lew ini.

Kami di Hot FM mendoakan supaya beliau diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menyumbang kepada masyarakat.

 

Baca artikel berkaitan: Dapat Offer Untuk Dibantu Segala Misi Akan Datang, Ebit Lew Dedah Akhlak Baik TMJ

Sumber: Facebook Ebit Lew

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Muka Tak Bersalah” – Oyen Kantoi Tidur Dalam Mangkuk Tandas, Tak Pernah Behave!

Namun pada sifat nakalnya itu, Oyenlah yang sering menjadi perhatian ramai terutamanya di media sosial. Macam apa yang kita dapat lihat, sudah merata-rata video kucing bernama Oyen ini tular kerana selalu membuat hal.Baru-baru ini, tular lagi satu video di laman TikTok apabila Oyen kantoi tidur dalam mangkuk tandas di rumah tuannya menjadi perhatian ramai.Lihat video penuh itu di bawah:

today11 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *