Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu Bawah Pengaruh Dadah Dan Tiada Lesen Memandu ‘Sebat’ Dua Kereta Hingga Sebabkan Kematian

today11 October 2020

Background

Semenjak 10 Oktober, tular satu video pendek berdurasi 36 saat di media sosial menunjukkan satu rakaman kemalangan jalan raya.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1314846212227395585

Kejadian kemalangan maut itu berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah di Johor Bahru yang melibatkan tiga kenderaan.

Secara tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dibawa dengan laju di persimpangan lampu isyarat berkenaan sehingga merempuh kenderaan lain di hadapannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, ujian saringan telah dilakukan terhadap pemandu tersebut dan didapati wanita berkenaan positif dadah.

Kemalangan itu juga telah melibatkan dua lagi mangsa lain yang mana salah seorang daripada mereka telah maut ditempat kejadian.

Jenazah mangsa yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dikenali sebagai Mohd Rizal Buseri itu telah selamat dikebumikan pada petang semalam dan arwah juga telah meninggalkan seorang balu bersama tiga lagi anak yang masih kecil.

Pada masa yang sama, suspek berkenaan disahkan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan kenderaan juga telah tamat tempoh.

Ramai netizen meluahkan rasa geram mereka di Twitter terhadap kejadian yang berlaku.

Maka dengan itu netizen telah mula mencari media sosial suspek tersebut dan didapati Facebook miliknya telah dinyah aktif.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Lebih banyak `kerja rumah’ : Zainal

Melaka: Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan mengakui perlu melakukan lebih banyak 'kerja rumah' bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bakal bermula 25 Oktober ini. Justeru, fokus jitu bakal terarah kepada persiapan bagi mengharungi saingan piala berprestij terbabit untuk memastikan persembahan pasukan lebih baik selepas mengakui kecewa kekalahan 0-5 skuad bimbingannya kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi. Baginya, jaringan pertama pelawat... Klik sini untuk […]

today11 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *