Tidak dinafikan bahawa di dalam kehidupan setiap manusia pasti memiliki seseorang yang dikagumi atau individu terkenal yang dapat dijadikan sumber inspirasi mahupun sebagai idola.
Dalam dunia hiburan, peminat dan artis sememangnya saling berkait malah tanpa peminat, mereka ini pasti akan ‘rebah’ kerana sokongan mereka lah selebriti ini dapat melakar nama dan makin dikenali ramai.
Namun, isu yang hangat diperkatakan di segenap lapisan masyarakat adalah mengenai satu fenomena di mana peminat terlalu taksub akan individu yang mereka minati sehingga sanggup berbuat apa sahaja yang mampu memuaskan hati mereka.
Benar, mengidolakan artis itu tidak salah namun ianya dikatakan perlu berpada-pada kerana mereka juga manusia bahkan tidak sempurna.
Situasi itu seolah-olah telah menggambarkan tindakan dilakukan oleh sebuah akaun kelab peminat milik selebriti terkenal Noor Neelofa, yang dikatakan terlampau berlebih-lebihan memuja selebriti berkenaan sehingga didakwa “memperjudikan akidah dan agama”.
Memuat naik kenyataan di laman Insta Story, kelab peminat Neelofa telah memberi sokongan teguh kepada selebriti berkenaan mengenai isu kecaman perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh warganet.

Hal yang demikian meraih kontroversi apabila terdapat kelab peminat menyamakan dugaan yang dilalui oleh pasangan suami isteri selebriti sensasi Neelofa dan Haris Ismail ketika ini sama seperti situasi rakyat P4l£stin.
Hantaran yang dimuat naik ini jelas mengatakan bahawa P4l£stin dan Neelofa mempunyai satu persamaan dimana P4l£stin ditindas di atas tanah sendiri, Neelofa pula dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.
Difahamkan, akaun tersebut merupakan milik peminat selebriti itu yang kini mempunyai lebih 202 ribu pengikut di laman Instagram.
Menyedari kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun kelab peminat selebriti berkenaan, rata-rata warganet berasa begitu berang atas tindakan demikian kerana menyamai situasi yang sama sekali jauh berbeza apatah lagi mengenangkan isu pergolakan yang dihadapi oleh rakyat P4l£stin ketika ini amat memeritkan.
“Hati-hati jangan sampai memaksumkan manusia, memuja manusia”
Sementara itu, menerusi laman Twitter pula dikatakan kemarahan semakin memuncak apabila tersebarnya tangkap layar Insta Story yang dipercayai dimuat naik oleh pemilik akaun kelab peminat Neelofa di Instagram.

Rata-rata peminat pasangan itu meninggalkan komen dengan kata-kata semangat serta menyamakan netizen yang mengecam artis kesayangan mereka seperti Z!on!s.
Walau bagaimanapun, akaun kelab peminat terbabit telah memadam kenyataan gambar berkenaan sebelum memuat naik kenyataan terbaru mengenai selebriti kesayangan mereka.
“Serba tak kena…Saya tak koyak. Teruskan komen negatif tu ye…Biar kekal dekat situ. Mahkamah Allah ada untuk menilai”
Sejurus pelbagai hujah yang diperkatakan mengenai isu ini, terdapat sebuah akaun milik pereka fesyen tempatan yang juga tertarik untuk meluahkan pendapat masing masing mengenai isu berkenaan melalui Insta Story miliknya.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dikeluarkan mengenai selebriti ini, namun diharapkan orang ramai untuk tidak memperbesar-besarkan lagi keadaan dengan bergaduh sesama sendiri.
Tidak salah untuk memihak kepada mana-mana individu namun dinasihatkan untuk sentiasa menjaga batas percakapan dan tidak sama sekali mengaitkan sebarang isu sama seperti situasi di negara berkenaan kerana ianya merupakan perkara sensitif.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, masih ada kumpulan peminat selebriti terkenal itu mempertikaikan mengapa Neelofa dan Haris yang sering dituduh melanggar (SOP) sedangkan ramai lagi yang melakukan hal sama.
Usah bertelagah dan saling menuding jari, diharapkan semua warganet dapat menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa yang lebih bertanggungjawab menyelesaikan isu ini sebagai jalan yang sebaik-baiknya.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Twitter