Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penghantar Makanan Bantu Tolak Kereta Dalam Banjir, Motosikal Sendiri Berendam Dalam Air

today25 November 2020

Background

Cuaca hujan berterusan boleh menyebabkan air bertakung dan berlaku banjir.

Bila keadaan ini berlaku, ada kenderaan yang berada dalam banjir pun akan turut terjejas.

Pada 25 November 2020, pemilik akaun Twitter @illynaibrahim telah memuat naik satu ciapan.

Perkongsian itu memberitahu bahawa pemilik akaun berhasrat untuk mencari penghantar makanan yang dipanggil sebagai Ako dan Jidin, kerana telah membantunya menolak kereta dalam air banjir.

Pemilik akaun Twitter tersebut kemudiannya berkongsi video yang menunjukkan motosikal yang digunakan Ako dan Jidin pula sedang ‘berendam’ dalam air banjir.

Pencarian wanita tersebut khabarnya telah berjaya setelah beliau menemui insan-insan mulia yang membantunya.

Menurut pemilik akaun iaitu Puan Illyna, kejadian itu bermula setelah beliau baru pulang dari sebuah klinik, dan telah melalui satu kawasan banjir yang menyebabkan enjin keretanya mati.

Kemudian, beliau turun dari kereta bersama bayinya yang berusia dua bulan.

Pada waktu itu, terdapat tiga orang insan mulia yang membantunya menolak kereta dalam banjir.

Puan Illyna yang tidak sempat berterima kasih pada waktu kejadian berharap, semoga mereka yang membantunya sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Diharapkan perkara baik seperti ini dapat dicontohi, dan mereka ini diberi balasan baik atas perbuatan mereka.

 

Sumber: Twitter Puan Illyna Ibrahim

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Avengers juara, calar rekod Terminators

  Kuala Lumpur: Pasukan Avengers mengesahkan status sebagai juara Kejohanan Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas melakar kemenangan 6-5 ke atas Terminators pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini.  Kemenangan itu sekaligus meletakkan Avengers yang dipimpin Soh Wooi Yik naik ke tangga teratas, berkongsi dua mata sekali gus Terminators terpaksa akur bergelar naib juara.  Terminators yang diterajui Lee Zii Jia bermula baik, meraih mata pertama menerusi... Klik sini untuk […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *