Malang tidak berbau, namun kita perlu lebih berwaspada untuk mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Pada 24 Januari 2021, pengacara Fedtri Yahya telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Melalui video yang dikongsikan, ia menunjukkan seorang lelaki sedang mengisi angin tayar keretanya di sebuah stesen minyak.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki lain yang kelihatan bersahaja berjalan ke arah kereta tersebut.
Tanpa disedari pemilik kereta, lelaki itu telah mengambil barang berharga daripada kereta tersebut dengan ‘tenang’.
Kejadian berkenaan berlaku tanpa pergelutan seperti kisah kecurian yang lain.
Dalam pada itu Fedtri menulis pada ruangan caption:-
“Kadangkala kita tenang
Namun penjahat atau perompak juga ‘tenang’ dan bersedia mengambil peluang
Hidup ini ialah sebuah siri hati-hati, merancang, berusaha selepas doa dan tawakkal pendinding diri”
Menurut beliau, penjahat juga licik dan pandai mengambil peluang dalam kegiatan jahatnya.
Oleh itu, kita juga tidak boleh cuai dengan setiap perkara yang dilakukan.
Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.
Baca artikel berkaitan: Punca Kes Cerai Meningkat, Fedtri Yahya Tak Setuju Berkahwin Usia Muda
Sumber: Instagram Fedtri Yahya
Post comments (0)