Memiliki rupa paras yang cantik dan sempurna boleh dikatakan impian setiap wanita sebagai tatapan dan kepuasan mereka sendiri.
Begitu juga dengan pelakon terkenal iaitu Fathia Latiff yang baru-baru ini berkongsikan satu video yang melihatkan dirinya menjalani satu treatment yang dipanggil “Vogue Jawline Creation” dimana ia adalah satu teknik meruncingkan dagu dengan menyuntik gel ke dalam kulit rahang dan membuang double chin.

Nampaknya treatment yang dilakukan oleh Fathia itu mengundang perhatian ramai kerana ada yang merasakan perkara itu adalah salah di sisi islam, malah ada juga yang memberikan pelbagai respon ngeri dengan proses yang dilakukannya itu.

Allahu, nampak macam sakit, tapi katanya mereka akan suntik rahang terlebih dahulu untuk bagi kebas supaya tidak rasa kesakitan tu.
Apa-apa pun itu adalah pilihan Fathia, kita doakan yang baik-baik je buat dia okay!
Sumber : Instagram Fathia Latiff
Post comments (0)