Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua dilaksanakan di beberapa buah negeri semenjak 12 Januari lalu, tular pelbagai kisah ‘panic nikah’ dalam kalangan warga Twitter.
Hal tersebut berlaku susulan kawalan ketat di mana pasangan yang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tidak dibenarkan menganjurkan sebarang majlis terutamanya ketika negara sedang berdepan dengan wabak COVID-19.
Perkara itu turut mendapat perhatian hos terkenal Fedtri Yahya, namun dari segi konteks yang berbeza iaitu isu perkahwinan pada usia muda.

Menerusi ciapan yang dimuat naik, Fedtri menggesa orang ramai agar henti memberi nasihat kepada golongan muda supaya berkahwin awal.
Ini kerana menurutnya, tidak semua individu matang serta berkemampuan selain menasihati ramai agar mendirikan rumah tangga selepas bersedia dari segala aspek.
Menerusi ciapan yang sama, Fedtri turut berkongsi kes-kes yang terjadi akibat perkahwinan pada usia muda ini:-

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan hos rancangan Malaysia Hari Ini itu.


Hot FM percaya, semua orang pasti ada pendapat yang berlainan sama ada setuju mahupun tidak dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Semoga setiap keputusan yang mahu dilakukan oleh pasangan yang ada di luar sana dipertimbangkan sewajarnya dan sekiranya berbelah bahagi, mintalah pendapat kedua ibu bapa dahulu.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya
Post comments (0)