Umum mengetahui keadaan negara kini berdepan pandemik Covid-19, majoriti pelajar universiti diarahkan mengikuti kuliah secara dalam talian.
Oleh itu, banyak kisah menarik yang kita dengar daripada teknik pembelajaran berkenaan.
Pada 25 Oktober yang lalu, pemilik akaun Twitter @3DdR3N telah berkongsi satu ciapan disertakan gambar screenshoot perbualan di aplikasi WhatsApp.
https://twitter.com/3DdR3N/status/1320296268111835136
Berdasarkan perkongsian itu, difahamkan pemilik akaun ialah seorang pensyarah yang menunjukkan perbualan antaranya dan seorang pelajar.
Apa yang menjadi perhatian adalah penggunaan perkataan Bahasa Inggeris “pity” yang membawa maksud “kasihan” telah disalah erti oleh pelajarnya.
Perkataan itu telah ditafsirkan sebagai nama seseorang iaitu “Pity”.

Rata-rata balasan ciapan itu turut terhibur dengan situasi yang pensyarah itu hadapi dan turut bercanda dengan bertanya, siapakah gerangan “Pity”?

Selain menghiburkan, ia juga menunjukkan sikap pemilik akaun tersebut yang ternyata ceria dan memahami kerana masih melayan telatah pelajarnya itu.
Perkara seperti ini mungkin biasa berlaku apabila kedua-dua pihak memahami perkataan dari aspek berbeza.
Apa pun, diharapkan pelajar tersebut akan cepat faham setiap apa yang dituturkan pensyarahnya, barulah senang proses pembelajaran tu.
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Post comments (0)