Disebabkan peningkatan jumlah kes wabak Covid 19 di Sabah, ramai orang yang bergejala di minta untuk melakukan swab test sejurus sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi langkah berjaga-jaga.
Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter satu video sedutan berita Buletin Utama dari TV3.Â
Aku rasa editor @BuletinTV3 ni saja letak brader ni punya clip meronta kena cucuk. Lawak ye, kesian pun ye hahaha pic.twitter.com/DnQr6kadB4
— Izzul (@Ijulnaim) September 28, 2020
Dapat dilihat reaksi seorang pemuda mengalirkan air mata ketika sedang menjalankan swab test.Â
Video yang dikongsi oleh pengguna Twitter bernama @Ijulnaim itu telah mendapat perhatian ramai netizen kerana reaksi pemuda itu amat mencuit hati dan dalam pada masa yang sama ada yang kesian.

Secara keseluruhan, video itu telah mendapat lebih 380 ribu tontonan beserta lebih 20 ribu retweets.Â
Rata-rata netizen ada yang sebak dan ketawa melihat reaksi pemuda tersebut, seolah mereka juga pernah merasai kesakitan yang dilalui pemuda itu.

Bagi yang mempunyai pengalaman, mereka juga turut berkongsi mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa ketika swab test.

Post comments (0)