Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rezeki Dapat Bibik Penyayang, Ramai Puji Pembantu Rumah Datin Shahida

today12 January 2021

Background

Kita semua tahu bahawa Dato’ Sri Aliff Syukri mempunyai ramai ahli keluarga yang mana beliau mempunyai seramai lima orang anak dan seorang anak angkat.

Disebabkan itu mereka tentunya memerlukan ramai pembantu rumah dalam membantu menguruskan kebajikan anak-anak di rumah.

Pada 11 Disember lalu, Datin Shahida telah memuat naik satu foto berserta caption penghargaan kepada salah seorang pembantu rumah yang telah menjaga anak-anaknya daripada kecil hingga besar.

Menurut Datin Shahida, pembantu rumah mereka yang hanya dipanggil Bibik itu tidak pandai membaca huruf ABC tetapi pandai mengaji Al-Quran.

Tambahnya lagi, Bibik tersebut sudah berkhidmat semenjak anak ketiga mereka iaitu Ibraheem Adham masih bayi.

Ini bermaksud sudah hampir 10 tahun Bibik itu berkhidmat dengan mereka sekeluarga.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang menganggap pembantu rumah yang baik merupakan rezeki buat majikan.

Bagi mereka, bukan mudah untuk mempunyai pembantu rumah yang sudi berkhidmat dalam tempoh yang lama.

Sumber foto: Instagram Datin Shahida

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Lelaki Ini Cuak Habis Anak Selamba Seret ‘Kereta Mainan’ Atas Honda Kesayangan

Sikap aktif mereka yang tidak reti duduk diam dan sukar untuk dikawal itu sering menjadikan keadaan huru-hara, namun mereka jugalah yang menyerikan lagi suasana dalam rumah tangga.Sama juga seperti video ini yang tular di TikTok dan menimbulkan tawa ramai apabila seorang kanak-kanak lelaki selamba bermain kereta mainan di atas kereta baru milik ayahnya.Lihat video penuh tersebut di bawah: 

today12 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *