Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Rizalman Tunai Permintaan Terakhir Arwah, Isteri Tak Sanggup Buka Bungkusan Diari

today11 December 2020

Background

Sebelum ini pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya mengenai kisah pemergian seorang kenalan rapat kepada penyanyi dan penyampai radio Kool FM, iaitu Haiza Hanafi pada 1 Disember 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Arwah dikenali sebagai Hasrul dikatakan berhasrat menghadiahkan buku tersebut buat isterinya, akan tetapi tidak kesampaian kerana beliau meninggal dunia sebelum sempat membeli buku tersebut.

Tampil menunaikan tanggungjawab sebagai rakan buat kali terakhir, Haiza meminta pertolongan Dato’ Rizalman untuk mengepos buku diari tersebut kepadanya untuk disampaikan kepada isteri arwah yang dikenali sebagai Fiza.

Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, diari berkenaan dikatakan telah sampai di tangan isteri arwah.

Menurut perkongsian perbualan Haiza dan Fiza, isteri arwah dikatakan tidak sanggup untuk membuka bungkusan tersebut kerana masih belum kuat untuk melihat kiriman terakhir arwah.

Kami di Hot FM juga turut terkesan dengan pemergian Arwah yang juga rakan sekerja di Hot FM sebagai sound engineer.

Semoga Allah SWT tempatkan Allahyarham dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

 

Baca artikel sebelum ini : Rizalman Sebak, Haiza Hanafi Ingin Tunaikan Hasrat Terakhir Kenalan Rapat

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Tiga Saluran Disney Channel Di Astro Ditutup Mulai 31 Disember

Penutupan saluran Disney Channel Asia itu membabitkan tiga saluran iaitu Disney XD, Disney Junior dan Disney Channel.Menurut sumber, Pengarah Kandungan di Astro, Agnes Rozario berkata, Disney telah memaklumkan kepada semua rakan strategiknya di Asia Tenggara bahawa pihaknya akan menghentikan saluran Disney XD HD (Ch 612) pada 31 Disember 2020, jam 12 tengah malam.Selain itu, saluran Disney Channel HD (Ch 614 HD/Ch 634) dan Disney Junior HD (Ch 613) juga akan […]

today11 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *