Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Salam Sayang Dari Kami Bertiga” – Alhamdulillah, Fazura Selamat Lahirkan Puteri Sulung!

today2 October 2020

Background

Alhamdulillah! Momen yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan pelakon dan penyanyi terkenal ini akhirnya telah tiba, Fazura telah pun selamat melahirkan puteri sulung mereka!

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Fazura menerusi foto yang di muat naik di laman sosial Instagram nya sebentar tadi.

https://www.instagram.com/p/CF1OWVclAYi/

Mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang tidak berhenti mendoakan, Fazura memberitahu puterinya berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.”

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.”

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.”

“Salam sayang dari kami bertiga.”

Mengikut sunnah Rasullulah SAW, Fazura dan suaminya, Fattah memilih untuk tidak mendedahkan wajah dan nama bayi perempuannya itu sehingga cukup 7 hari.

Meninjau kepada laman sosial Fattah, dia turut memuat naik foto dan kapsyen yang sama memberi khabar gembira tentang kehadiran puteri sulung mereka itu. Awhhh! Tak sabar nak tengok muka bayi sulung Fazura dan Fattah, mesti comel persis ibu dan ayahnya juga…

Terdahulu, Fazura dan Fattah diijabkabulkan pada tanggal 27 November 2017.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

DonaldTrump-MelaniaTrumpAP

Sosial

Disahkan Positif COVID-19, Donald Trump Bersama Isteri Sedia Jalani Kuarantin

Sebuah berita yang mengejutkan buat Amerika Syarikat dan juga dunia apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan positif COVID-19 bersama isterinya. Kenyataan beliau telah disahkan melalui tweet yang baru sahaja dimuat naik di Twitter sebentar tadi. Tonight, @FLOTUS and I tested positive for COVID-19. We will begin our quarantine and recovery process immediately. We will get through this TOGETHER! — Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 2, 2020

today2 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *