Umum mengetahui bahawa Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan kita juga menyambut pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun.
Antara salah satu perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia adalah hari Krismas ataupun Hari Natal.
Terbaharu, pasangan pengacara dan model terkenal iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya memuat naik foto mereka sekeluarga bergambar bersama pokok krismas dengan mengenakan baju tidur pyjamas.
View this post on Instagram
“Celebrate love, togetherness and laughter! Next year it will be 4 of us, inshAllah! Thank you @througheyesofmine & @viktorijarandev for having us!” tulis Awal secara ringkas
Akan tetapi nampaknya niat Awal berkongsi foto mereka sekeluarga menyambut krismas bersama rakan mereka itu mengundang kecaman netizen yang menganggap mereka tidak menjaga sensitiviti sebagai umat islam.
Dalam pada itu, ramai juga yang menyuarakan pendapat mengatakan bahawa Awal sekeluarga hanya pergi beraya di rumah rakan mereka dan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
Alahai guys, janganlah kita terlalu negatif. Awal pun ada beritahu di kapsyen “Thankyou for having us”, bermakna dirinya dijemput oleh tuan rumah untuk beraya di rumah mereka.
Sama seperti perayaan perayaan yang lain, sudah menjadi adat kita semua untuk saling menziarahi satu sama lain bukan?
Think positive okay guys. Peace!
Post comments (0)