Selepas timbul dakwaan mengatakan Aidit Noh menjadi punca pergolakan rumah tangga Nadia Brian dan suaminya, Aidit tampil jawab spekulasi dan menafikan sekeras-kerasnyanya dakwaan tersebut.
Mengulas lanjut, Aidit berkata dia mahu melayan desas desus yang mengaitkan namanya sebagai orang ketiga, kerana Aidit dan Nadia hanya bergandingan menerusi lakonan drama, iaitu Sweetie Nanie.
“Saya tak kacau isteri orang. Saya hanya buat kerja. Ini lumrah dunia seni, kami berlakon sahaja.”
Turut mempertahankan dirinya, Aidit berkata dia tidak tahu menahu tentang masalah rumah tangga Nadia dan Muizz. Sebaliknya dia hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelakon.
“Saya tak tahu apa-apa. Itu masalah rumah tangga mereka, tidak ada kena mengena dengan saya.”
“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon, itu sahaja.”
Tidak mahu menjadi orang ketiga atau merampas sesiapa, Aidit memilih untuk fokus kepada dirinya sahaja.
“Lebih baik saya fokus jaga kesihatan dan diri sendiri. Saya tak ada nak jadi orang ketiga atau nak rampas isteri sesiapa,”
Okay guys, Aidit pun dah jawab spekulasi yang dia bukan orang ketiga di dalam rumah tangga Nadia dan suaminya, Muizz. Kita doa yang baik-baik je lah buat pasangan itu. Semoga kebenaran terungkai buat mereka.
Baca artikel berkaitan : “Saya Tahu Apa Yang Terjadi, Kita Tunggu Dan Lihat” – Suami Nadia Brian Jawab Isu ‘Orang Ketiga’
Post comments (0)