Kehangatan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 masih lagi terasa setelah ramai yang pertikaikan pemilihan 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35).
Perkara ini turut mendapat perhatian Dato’ Seri Vida yang memuat naik satu video di Instagram miliknya pada 16 Disember 2020.
View this post on Instagram
Melalui caption:-
“JURI OH JURI AJL?
12 LAGU DAH DI PILIH..
.
KARYA SEDAP KENA BUANG..
.
YG SO SO
SUAM KUKU BOLEH MASUK
AJL 35
.
#ajl35″
Beliau telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemilihan lagu serta mempersoalkan kriteria yang diambil kira untuk mara ke pentas AJL 35.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang nama sama yang dipilih ke AJL, juga mempertikaikan kredibiliti juri yang mengadili pertandingan tersebut.
Bagaimanapun, ketua juri SFMM 35 iaitu Azmeer telah menjawab persoalan berkenaan melalui Harian Metro.
Baca artikel berkaitan: Tampil Dengan Gaun Kembang Merah Jambu Ala Cinderella Di SFMM35, Wany Hasrita Gamat Dikritik Netizen!
Sumber: Instagram Dato’ Seri Vida
Post comments (0)