Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sebak… Selepas Lapan Bulan Terpisah, Keluarga Ini Hanya Mampu Lambai Dari Jauh Sahaja

today8 October 2020

Background

Semenjak nagara kita dialami pandemik Covid-19 sejak March lalu, ramai keluarga yang terpisah jauh disebabkan beberapa sekatan yang telah diadakan.

Ada yang masih terkandas di negara orang dan disebabkan itu perasaan rindu itu harus disimpan sehingga semua ini berakhir.

https://www.facebook.com/100000737593256/videos/pcb.3682329691801581/3682313145136569

Pada 5 Oktober lalu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Faiz telah memuatnaik videonya ‘bertemu’ dengan keluarga dari jarak jauh.

Faiz yang berada di Singapura telah meminta isterinya, Shafikah Sarip yang berada di Johor Bharu untuk ke kawasan laut yang memisahkan dua negara itu supaya mereka dapat bertemu dari jauh.

Apa yang uniknya ialah mereka bertemu dari jauh sambil membuat video call, sedih pula bila tengok!

Panggilan video itu dibuat oleh Faiz dari Woodlands Waterfront Park, Singapura.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan pada 18 March lalu, sempadan dan Singapura telah ditutup sehingga kini bagi mengekang penularan Covid-19.

Walaupun tidak nampak kelibat isteri dan anak-anak dengan jelas, namun usaha itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa rindu terhadap keluarganya.

Kedengaran suara cerita isteri dan anak-anak Faiz ketika mereka melakukan video call itu sambil melambai dari jauh.

Ramai netizen berasa tersentuh melihat video tersebut, mengenangkan betapa ridunya si anak terhadap bapa mereka yang berada jauh di seberang.

Korang yang tengok video ni jangan menangis pula ya!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[TERKINI] PKPB Hanya Dalam Mukim Klang Sahaja Mulai Tengah Malam Ini

Pengumuman itu buat sendiri oleh Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.Keputusan itu mengambil kira keperluan untuk mengimbangi perlindungan keselamatan dan kesihatan rakyat serta menjamin kelangsungan pekerjaan.Selain itu, ianya juga sebagai usaha mencerdaskan ekonomi bagi memastikan tiada gangguan rantaian bekalan seperti logistik, pengangkutan, makanan dan minuman serta lain-lain lagi.Dalam... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *