Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasangan Ini Tangkap Gambar Kahwin Guna Telefon, Photographer Ini Bantu ‘Shoot’ Percuma

today6 October 2020

Background

Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang jurugambar menawarkan bantuan kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin apabila melihat mereka sedang menangkap gambar kahwin menggunakan telefon bimbit. Jadi secara spontan, terpanggil untuk membantu, jurugambar yang dikenali sebagai Ahmad Uzair Bin Abd Halim atau pun Jai ini menawarkan perkhidmatan beliau secara percuma kepada pasangan itu.

https://twitter.com/uzairilationn/status/1313152463092871173

Menurut Jai, pada mulanya pasangan itu menolak kerana risau akan kos yang perlu dibayar oleh mereka.

“Awal2 tu depa tolak. Depa kata xpa2. Mgkin depa pikir saya akan kenakan cas mahal2 dekat depa”

Niat hanya mahu mengambil gambar sekadar suka-suka, pasangan pengantin itu kemudian bersetuju gambar mereka diambil oleh Jai.

“Pastu saya bgtau laa, ” xpaa.. X yah bayar xpa.. Sbb saya pon suka2 ja nak shoot.” Lepastu depa bincang2 nak setuju utk biarkan saya shoot depa”

 

Kredit Gambar : Instagram @uzairilation

 

Turut berkongsi, Jai memberitahu sebelum kejadian itu, dia berada di taman berkenaan kerana ada job bersama pengantin sebelumnya.

“Awal tu saya memang ada shoot pengantin dekat situ. Then, lepas selesai shoot awai2 tu saya ajak la kawan stay sekejap dekat taman tu sbb saya ingat nak shoot random dekat situ.”

Selesai penggambaran, Jai bersama rakannya menunggu seketika di taman itu untuk mengambil gambar dan ketika itu lah dia terjumpa pasangan pengantin berkenaan yang dilihat sedang mengambil gambar mereka dengan bantuan saudara menggunakan telefon bimbit.

 

Kredit Gambar : Instagram @uzairilation

 

Tidak mengharapkan balasan, ciapan yang dimuat naik oleh Jai itu turut mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang kagum dengan usahanya itu.

 

 

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Lain Kali Jangan Suka-Suka Nak Kenakan Orang”

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 7 pagi apabila lelaki tersebut memasuki lorong itu untuk membuat tambah nilai bagi touch n go. Menurut sumber, mangsa telah memaklumkan kepada suspek bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan memandangkan lorong itu tiada kemudahan tambah nilai. Bagaimanapun, lelaki itu kembali semula ke pondok tol tersebut kira-kira jam 9.20 pagi dengan membawa sebungkus air.  Sambil menyedut minuman, lelaki itu berkata kepada... Klik sini untuk baca artikel […]

today6 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *