Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Sekiranya Kamu Tak Dapat Jaga, Kembalikanlah Kepada Kami,” Pesanan Bapa Ini Buat Ramai Sebak

today29 October 2020

Background

Ibu bapa mana yang tidak berat untuk melepaskan anak masing-masing, lebih-lebih lagi selepas akad itu selesai dibacakan.

Pastinya suasana pilu menyelubungi keadaan ketika itu kerana bermula dari saat itu, berpindahlah amanah Allah S.W.T yang pada awalnya diletakkan pada bahu kedua ibu bapa, kepada seorang suami.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Nuhamoza telah berkongsi satu video yang dirakam pada sebuah majlis akad nikah.

Dapat dilihat bapa kepada pengantin perempuan berasa sebak untuk melepaskan anaknya kepada suaminya.

“Kalau kamu datang ambil dia cara begini, sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kamu kembalikanlah kepada kami,” ujarnya dengan nada sebak

Menerusi ruangan komen, rata-rata turut merasakan perkara yang sama dan ada juga yang teringatkan kisah ketika mereka selamat dinikahkan.

Menurut Nuhamoza, video tersebut telah dirakam dan disunting oleh abangnya yang juga seorang jurugambar.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Semoga bahtera yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga..

 

Sumber daripada: Twitter @ajayituhaziyah

Written by: Azra Azuar


Previous post

Isa Isarb Proton

Sosial

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai idea dan konten YouTube telah dihasilkan oleh anak muda tempatan. Bermula daripada video masakan sehinggalah kepada video prank yang diinspirasikan daripada YouTuber negara luar. Pada kali ini, YouTuber Isa Isarb sekali lagi mencipta kontroversi serta mengundang kecaman netizen apabila menghasilkan sebuah video menghancurkan kereta pekerja merangkap rakannya sendiri semata-mata demi konten. Sumber: YouTube... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *