Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Digelar “Ebit Liew Junior”, Hafiz Mahamad Bantu 100 Rider Buat Swab Test Percuma

today26 January 2021

Background

Selepas satu-satu bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan, tidak lokek walaupun sedikit, itulah yang dilakukan oleh selebriti media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad, sama seperti penceramah bebas, Ustaz Ebit Liew.

Terbaharu, beliau memuat naik satu hantaran di laman sosial Instagram memberitahu bahawa beliau telah membantu 100 orang rider ataupun penghantar makanan yang kurang berkemampuan untuk membuat swab test di sekitar Bangi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hafiz turut menulis di kapsyen :

“Happy sangat abang rider semua

Tadi saya bawa 100 orang rider foodpanda, grabfood & orang memerlukan pergi swab test

Saya terdetik hati buat ni sebab, ada sekali saya beli mangga dekat traffic light. Kesian abang tu panas panas & saya tegur dia

“Abang sihat? Hati hati ya bang musim Covid sekarang”

Abang tu jawab :
Abang pun taktahu okay ke tak dik. Nk buat swab test tu pun abang kena perah tenaga

Faham sangat, mereka cari rezeki kena keluar & terdedah dengan orang ramai. Mereka pun risau ttg kesihatan, tapi nak buat mcmana. Pampers anak, makan minum keluarga pun perlu ditanggung juga

Alhamdulilah tengok muka masing masing tadi happy. Paling happy adik jual mangga tadi, habis semua kita beli mangga dia. Harini dah boleh balik rehat terus & tak perlu ke traffic light harini

Alhamdulilah syukur semua tadi baik baik. Frontliner di @kumpulan_megaklinik_zahran pun semua baik baik & cepat je buat swab semua. Terima kasih banyak banyak bantu saya juga untuk mereka

Sahabat semua, saya minta doa awak semua ya untuk keluarga, team perniagaan juga @ainaabeautyofficial Supaya hati ni sentiasa terdetik untuk membantu sebab awak semua sahabat sahabat saya

Saya nk sahabat sahabat saya semua sihat & happy. Apa apa pun saya buat, “Kejayaan Demi Kebahagiaan” yg saya cari ?”

Menurut  cerita yang dikongsikan oleh selebriti media sosial berkenaan, tujuan beliau membantu rider-rider tersebut adalah kerana tidak semua mampu untuk berbuat demikian, dengan faktor pendapatan seharian mereka juga tidak menentu, jadi disebabkan itu beliau terpanggil untuk membantu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji usaha dan niat murni usahawan berkenaan.

Alhamdulillah, satu niat dan perkongsian yang sangat baik dari Hafiz.

Semoga lebih ramai lagi terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama, bantu mereka yang di dalam kesusahan.

Sumber : Instagram Hafiz Mahamad

Baca artikel berkaitan : Tak Berhenti Hulur Bantuan, Kini Hafiz Mahamad ‘Berehat’ Lepas Disahkan Positif COVID-19

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Peluang Untuk 10 Ribu Pelajar Hadir ‘Seminar Mampu Skor SPM’ Secara Percuma Melalui Online

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, 33, percaya usaha minit akhir ini dapat menyuntik semangat calon SPM."PTTI percaya usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan yang tinggi terhadap peperiksaan SPM anak mereka"Dengan bangkitnya semangat calon SPM itu beserta dedikasi guru di PTTI, insyaAllah semua itu menjadi kunci terbaik... […]

today26 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *