Biasanya kalau pasangan bercinta mesti la nak makan dekat restoran fancy, mahal dan ada view menarik kan?
Tapi lain pula bagi pasangan kekasih ini apabila mereka mengambil keputusan untuk menikmati candlelight dinner di restoran mamak sekitar bandaraya Kuala Lumpur sahaja.
Menurut perkongsian di laman Facebook Restoran Aliff telah memuatnaik beberapa gambar pasangan tersebut sedang menikmati hidangan makan malam penuh romantik di sana.
Apa yang lebih menarik lagi ialah mereka telah dihidangkan dengan menu istimewa iaitu roti canai KLCC! Bukan main tinggi ya roti canai tu.
Roti canai KLCC merupakan hidangan menu istimewa di restoran tersebut yang mana ia merupakan daya tarikan buat pelanggan yang datang.
Difahamkan juga candlelight dinner tersebut merupakan satu prank yang dilakukan oleh teman rapat mereka sendiri.
Lebih menarik apabila si gadis juga menerima ‘sejambak sayur-sayuran’ ya.
Biasa orang bagi sejambak bunga, tapi gadis ini dapat sejambak sayur-sayuran yang dihias menjadi seakan-akan bunga, sangat kreatif!
Kebanyakan netizen memuji sikap pasangan itu yang profesional dan tidak langsung berasa marah dengan prank yang dilakukan.
Ada juga yang menganggap si gadis seorang yang bersederhana dan bukannya seorang gold digger seperti gadis lain yang mahu makan di restoran mewah sahaja.
Tak kisah la nak dinner date dekat mana pun, apa yang penting ialah memori yang dicipta bersama kan?
Post comments (0)