Connect with us

Viral

“Sepatutnya Baca Sajak!” Ada Masalah Teknikal, Pembaca Berita Bizworld Tiba-Tiba ‘Ghaib’

Sorry tergelak…

Published

on

Sebagai orang yang bekerja di hadapan kamera, masalah teknikan merupakan perkara yang tidak boleh dielakkan sama sekali lebih-lebih lagi sekiranya ia merupakan siaran langsung.

Itu la apa yang berlaku kepada salah seorang pembaca berita Bizworld iaitu Arief Subhan apabila beliau bagaikan ‘terpukau’ ketika sedang membaca berita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memes_puaka™ (@memes_puaka)

Akibat masalah teknikal yang berlaku, berita Bizworld terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu dan ia membuatkan ramai tertanya-tanya tentang apa yang berlaku.

Lebih melucukan, ada yang sempat merakam video tersebut dan memasukkannya ke dalam aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, Arief hanya mendiamkan diri ketika berada di hadapan kamera dan secara tiba-tiba, beliau berlalu pergi dan hilang daripada paparan screen.

Tidak lama kemudian beliau muncul dan memaklumkan bahawa siaran terpaksa dihentikan.

Hasil semakan di laman Twitter beliau, dimaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal ketika itu dan apa yang dikesali olehnya ialah beliau sepatutnya menyampaikan sajak atau menari shuffle untuk menghiburkan penonton!

Biasa la, masalah teknikal seperti ini memang tidak dapat dielakkan dan diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi kepada Arief kerana khuatir beliau akan mendeklamasikan sajak pula nanti.

Sumber video: Instagram Memes Puaka

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.