Selepas beberapa pusat membeli belah di Lembah Klang disahkan mempunyai kes positif Covid-19, nampaknya ramai rakyat Malaysia sudah semakin takut untuk keluar dari rumah.
Beberapa netizen berkongsikan gambar suasana terkini di sebuah pusat membeli belah di ibu negara yang menunjukkan bahawa tidak ramai pengunjung berkunjung ke sana selepas berita tentang salah seorang pekerja di sana disahkan positif Covid-19.

Jarang kita dapat lihat pusat beli belah berkenaan menjadi lengang sebegitu kerana ia merupakan sebuah pusat membeli belah yang berhubung dengan KL Sentral.
Tak dinafikan, mungkin ramai sudah menjadi trauma untuk berkunjung ke pusat membeli belah selepas banyak kes disahkan dekat beberapa kawasan terkenal di Lembah Klang tetapi tak sangka pula sampai jadi kosong begitu.
Risau pula jika keadaan semakin berpanjangan, ia mungkin akan menjejaskan perniagaan premis lain yang berada di sana.

Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia ada mengeluarkan kenyataan pada 29 September lalu memberitahu bahawa premis yang telah dikunjungi oleh individu positif Covid-19 kini sudah selamat digunakan selepas segala proses nyahkuman dijalankan.
Namun, pengunjung masih lagi perlu mematuhi Standard Operation System (SOP) yang telah ditetapkan.
Pada masa yang sama, pihak KKM turut menasihati semua rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu berkaitan Covid-19 kerana ia akan menjejaskan aktiviti ramai orang.
Betul juga, selagi kita mengamalkan SOP yang ditetapkan, pasti dapat dielakkan perkara yang tidak diingini.
Post comments (0)