18 Januari 2021, kita dikejutkan dengan perkhabaran bahawa pelawak, usahawan dan penyampai radio terkenal iaitu Shuib, membuat keputusan drastik untuk meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio di Hot FM.
Menurut Shuib, perkara itu sudah lama difikirkan, bukan kerana kontroversi yang pernah melanda diri ataupun menerima tawaran dari stesen radio lain, tetapi kerana mahu lebih fokus dengan perniagaan minuman yang sedang dijalankan iaitu Bubblebee yang kini sedang meningkat naik.
Dalam pada itu, isteri kepada pelawak berkenaan iaitu Siti Sarah Raissuddin turut mendedahkan kisah disebalik keputusan drastik suaminya itu di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Menulis di kapsyen Instagram @sitisarahraissuddin :
“I tahu hari ini adalah hari yang paling berat untuk u daddy . Lama u fikir nak buat keputusan ni. yelah dua tahun kat Hot FM and semua kat radio tu u dah anggap mcm famili.
Ingat lagi masa u bincang pasal tinggalkan hot fm. U sangat sangat sedih sebab u really love @hotfm and sangat happy kerja kat sana .. Sampaikan u pernah cakap kerja kat Hot Fm ni lain .. die org jaga u kaw kaw, respect semua pekerja ..dan kerja hot yg paling u happy .. tapi i faham bila u cakap hidup ini kita kena berkorban ..bila nak buat sesuatu yang lebih besar for future.
I just nak cakap apapun keputusan u, I akan tetap ada dan sentiasa ada di belakang. Sarah doakan bisnes kita akan terus berjaya dan bantu lebih ramai rakyat Malaysia yang sekarang ni sedang berjuang untuk cari peluang kerja”
Menurut Sarah, keputusan meninggalkan Hot FM adalah suatu perkara yang sangat berat untuk dilakukan oleh Shuib.
Ini kerana bekerja di stesen radio berkenaan, dianggap berbeza dari tempat-tempat yang pernah pelawak itu berkhidmat selama berada di dalam industri seni.
Sementara itu, Sarah ketika dihubungi Hot FM berkata, dia juga turut merasakan kesedihan suaminya itu, akan tetapi dia akur dan akan tetap menyokong apa jua keputusan yang dilakukan oleh suaminya dan akan sentiasa berada dibelakangnya.
Dalam pada itu, Shuib juga memberitahu bahawa beliau akan memperlahankan karier seninya buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada perniagaan yang sedang diusahakan.
Kami di Hot FM turut terkesan dengan pemergian Shuib dan sifat pemurah beliau yang tidak pernah lekang dari dirinya.
Semoga perniagaan Shuib terus maju, doa kami buat Shuib sekeluarga. Amin!
View this post on Instagram
Sumber : Instagram Siti Sarah & Shuib
Baca artikel sebelum ini : Shuib Sah Tinggalkan Hot FM
Post comments (0)