Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sorok Gelang Pink Bawah Jam, Lelaki Ini Selamba Keluar Ke Pasaraya Sambil Dukung Anak

today6 October 2020

Background

Seperti yang kita sedia maklum, kepada individu yang memakai gelang pink, mereka harus berada di rumah bagi menjalani kuarantin kendiri.

Namun masih ada yang berdegil dan melanggar arahan sehingga sanggup keluar dari rumah dan berkunjung ke sebuah pasaraya di Melaka.

Pada 5 Oktober lepas, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sri Suzaidah Masri telah berkongsi satu posting berkenaan sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang memakai gelang pink di sebuah pasaraya.

Kejadian itu disaksikan sendiri oleh Sri Suzaidah yang pada ketika itu berkunjung ke pasaraya tersebut bersama dengan dua orang anaknya.

“Dia pandai, dia sorok bawah tali jam so gelang tu tersorok. Kami ternampak sebab dia dukung anak dia, gelang tu terkeluar dari tali jam tu.”

Jelas di sini bahawa lelaki tersebut dengan sengaja telah menyembunyikan gelang yang dipakai olehnya itu daripada diketahui oleh pengawal keselamatan dan orang awam di sekelilingnya.

Berang dengan apa yang dilihat, Sri Suzaidah terus melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan pasaraya tersebut.

Selepas menerima laporan, lelaki tersebut telah dibawa ke kawasan lain.

Lelaki tersebut memberi alasan bahawa dia perlu pergi ke pasaraya untuk membeli bekalan makanan di rumah.

Kelihatan hanya dia sahaja yang memakai gelang pink tersebut berbanding anak dan isterinya.

Perbuatannya itu telah menyusahkan ramai orang walaupun tidak disahkan lagi sama ada dia positif Covid-19 atau tidak.

Hal ini telah serahkan kepada pihak pengurusan dan pihak polis bagi tindakan lanjut.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Bakayoko ke Napoli, Guendouzi pilih Berlin

Rome: Pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko dipinjamkan ke Napoli, manakala tonggak tengah Arsenal, Matteo Guendouzi pula memilih untuk menyertai Hertha Berlin juga secara pinjaman. Napoli berkata Bakayoko menyertai pasukan bimbingan Gennaro Gattuso bagi tempoh setahun dan presiden kelab, Aurelio De Laurentiis turut mengucapkan selamat datang kepada pemain itu. Bakayoko, 26, tidak bersama Chelsea musim lalu sebaliknya dipinjamkan ke Monaco dengan kontrak sehingga 2022. Media Itali melaporkan... Klik sini untuk baca artikel […]

today6 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *