Cemas dan mendebarkan, itu yang dialami oleh pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida yang berdepan dengan detik cemas pada Sabtu lalu, apabila kereta yang dipandunya hampir terbabas ketika dia dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Turut menjelaskan situasi itu di dalam Instagram story nya, Datin Umie berkata dia terpaksa mengawal kereta daripada terlanggar penghadang jalan gara-gara tayarnya yang pecah.
“Benda nak jadi dalam sekelip mata. Dekat Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dalam perjalanan nak pergi penggambaran.
“Tengah memandu tetiba rasa something wrong dengan tayar. Dia cuba tolak kereta saya ke penghadang jalan.
https://www.instagram.com/p/B50D2H7nDy-/
“Alhamdulillah dapat kawal dengan izin Allah. Nasib baik kereta belakang pun menyedari akan keadaan kereta saya. Dapat saya berhenti di tepi jalan ini,” katanya.
Tidak pasti apa yang berlaku, Datin Umie merasakan seperti ada pihak yang tidak bertanggungjawab khianat meletakkan sesuatu di atas jalan tersebut.
“Berhati-hati di jalan raya takut kemungkinan ada orang yang tabur benda tajam. Kita tak tahu.
“Saya rasa ada sesuatu tadi dekat corner tapi tak apa yang penting selamat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Datin Umie meluahkan rasa syukur kerana dirinya dapat mengawal kereta sebelum berlanggar dengan kenderaan lain. Datin Umie turut mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu selepas ini.
Post comments (0)