Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Tak Apa, Saya Boleh Kejut Subuh” Muslim Pro Jual Data Pengguna, Ini Respon Lucu Netizen

today17 November 2020

Background

Kecoh pada pagi 17 November ini apabila satu dunia sedang bercakap tentang aplikasi Muslim Pro yang terkenal dikatakan telah menjual data pengguna kepada pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) tanpa sebab yang tidak diketahui.

Difahamkan hampir 98 juta umat Islam di seluruh dunia telah menggunakan aplikasi tersebut bagi kemudahan untuk ketahui waktu solat, membaca Al-Quran, Zikir, doa harian, tunjukkan arah kiblat dan juga banyak lagi.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat membuat lawak dengan memberi hiburan kepada mereka yang kecewa dengan kejadian ini.

Kebiasaannya aplikasi ini digunakan untuk memberitahu telah masuknya waktu solat dan disebabkan itu ada juga yang berseloroh untuk menyediakan perkhidmatan kejut bangun Subuh ya.

Ia bukan sahaja menjadi bahan jenaka orang di Malaysia tetapi dari luar negara pun join sekali pick up line ini ya.

Nampaknya lepas ni ramai la yang boleh buat job tepi dengan mengadakan perkhidmatan call waktu solat ni ya.

Namun sehingga kini, pihak Muslim Pro masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini.

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *