Jika seseorang itu sudah ditempatkan di MAEPS Serdang, sudah semestinya disebabkan individu berkenaan telah disahkan positif COVID-19.
Namun dalam orang lain ditahan di MAEPS itu, ada pula beberapa orang yang mengambil kesempatan dalam kesulitan untuk mencuri telefon bimbit pesakit di sana.
Dimaklumkan bahawa satu kejadian kecurian telah berlaku di pusat kuarantin di MAEPS Serdang apabila pihak polis telah berjaya menahan dua suspek di dalam pusat kuarantin tersebut.
Curi telefon bimbit pesakit lain.
2 lelaki sedang jalani kuarantin dan rawatan di MAEPS Serdang ditahan
Kekecohan berlaku 10.30 malam tadi dikalangan pesakit sebelum polis masuk dan menahan suspek.
4 telefon bimbit hilang ditemui semula
Video : Org Awam pic.twitter.com/tbfdmRGKYq
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 11, 2021
Menurut twit yang dikongsikan oleh seorang wartawan TV3 iaitu Mohd Redzuan Abdul Manap, kekecohan itu telah berlaku pada jam 10:30 malam 10 Februari lalu.
@ayiekefliPatut la ramai orang hilang hp , Naseb jumpe pencuri dia . Mantap PDRM datang awal . ##fyp ##maepsserdang ##fy♬ Oh No – Kreepa
@ayiekefliSyabass ! Masuk lokapp ye . ???? ##fyp ##fy ##maepsserdang♬ bunyi asal – Ayie Kefli
Hasil tinjauan di akaun TikTok asal milik Ayie Kefli, dua suspek tersebut merupakan banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada hukuman namun tidak disangka mereka bakal masuk semula ke dalam penjara atas kesalahan mencuri.
Selepas diberkas, didapati empat buah telefon bimbit telah berjaya ditemui semula oleh pihak polis.

Ramai warganet berasa berang dengan apa yang berlaku dan menganggap bahawa perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku ketika semua orang sedang berjuang melawan virus berkenaan.
Dalam masa yang sama, mereka turut berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi kerana ia telah menyusahkan banyak pihak.

Kepada sesiapa yang sedang menjalani kuarantin di MAEPS, pastikan anda sentiasa menjaga barangan peribadi dan berhati-hati dengan semua orang.
Tak pasal-pasal ni dah kena tahan semula, masuk ke dalam lokap balik…
Sumber video dan foto: Twitter dan TikTok
Post comments (0)