Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tak Sampai Berapa Minggu Khairul Aming Lancar Produk Sambal, Dah Ada Yang Menipu & Menyamar Jadi Ejen

today15 January 2021

Background

Siapa yang tidak kenal dengan Youtuber masakan iaitu Khairul Aming yang selalu berkongsi video resipi ringkas dan seronok untuk ditonton.

Bagi yang mengikuti dirinya di laman sosial pasti tahu bahawa Khairul kini sudah mempunyai produk makanan sendiri yang diberi nama “Sambal Nyet”!

Dengar cerita, produk itu habis dijual sebanyak 10,000 botol tak sampai sejam. Wow!

Akan tetapi timbul pula cerita yang kurang enak baru-baru ini apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab, ‘menyamar’ sebagai ejen kepada produk tersebut, walhal Khairul tidak pernah melantik mana-mana ejen selain hanya menjual produk itu di Shopee.

Perkara itu didedahkan oleh Youtuber tersebut di laman Instagram dan Twitter miliknya yang kesal dengan perbuatan ‘scammer’ yang dikenali sebagai Fatihah, yang sanggup menipu pelanggan demi mendapatkan duit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Khairul memuat naik foto hitam putih berserta kapsyen :

“Duit orang tu weh. Jangan buat jahat macam ni”

Malah, Khairul turut mendedahkan screenshot perbualan pelanggan-pelanggan yang telah ditipu oleh ‘Fatihah’.

Tidak mahu lebih ramai lagi yang terpedaya, Khairul meminta pengikut dan pelanggannya supaya sentiasa double check sebelum membuat apa-apa transaksi.

Dalam pada itu, Youtuber tersebut turut menghantar DM kepada scammer berkenaan dan memintanya untuk memulangkan duit pelanggan yang ditipu kembali atau tindakan undang-undang akan diambil.

Diminta semua supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan taktik-taktik scammer yang licik ini. Always double check!

 

 

Sumber : Instagram & Twitter Khairul Aming

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Teruskan Saman Isu Fitnah Siber, Emelda Rose Enggan Mediasi Dengan Zarina Anjoulie

Isu & Kontroversi Sebelum ini, pelakon, Zarina Anjoulie telah menghantar dua surat tuntutan permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta secara berasingan terhadap pelakon Emelda Rosmila dan Amyza Aznan. Tuntutan tersebut dibuat kerana kedua-dua pelakon tersebut dipercayai telah menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Instagram dan Telegram. Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Emelda telah menolak saranan mahkamah untuk menyelesaikan krisis... Klik sini untuk baca artikel […]

today15 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *