Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Takkan Lupa Wajah Mereka” Stuck Dalam Jam, Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Terima Bantuan Tepi Jalan

today4 January 2021

Background

Nama Hafiz Mahamad sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau membantu menguruskan jenazah sahabat baiknya tular sehingga ke negara jiran, Indonesia.

Kini, giliran Hafiz dan Aina pula dibantu oleh penduduk kampung di sekitar Gua Musang.

Semenjak 3 Disember lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kejadian banjir, tanah runtuh serta kesesakan jalan raya di seluruh negara.

Seperti biasa, Hafiz pastinya akan kongsikan apa-apa update yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka keluarga kecilnya itu turut memerlukan bantuan segera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Tidak menyangka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, Hafiz dan Aina tidak menyangka bahawa susu dan pampers anak mereka iaitu Raisya Narisa tidak mencukupi.

Disebabkan itu, Hafiz telah membuat Instagram live untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat mengenai kedai runcit yang berhampiran.

Tidak sangka rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram live Hafiz dan bergegas memberi bantuan kepada mereka.

Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

 

Rata-rata netizen terharu dengan kejadian tersebut dan meninggalkan komen bahawa ini merupakan balasan kepada Hafiz yang sentiasa bermurah hati untuk membantu orang lain.

Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan kepada orang lain.

Sumber foto dan video: Instagram Hafiz Mahamad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Chelsea dapat pengajaran serius | Harian Metro

London: Frank Lampard mengakui Chelsea mendapat 'pengajaran serius' daripada Manchester City tetapi menegaskan penyokong mereka perlu bersabar ketika dia berusaha membina pasukan lebih kuat. Skuad Pep Guardiola yang kehilangan beberapa pemain akibat Covid-19 menang 3-1 di Stamford Bridge awal pagi tadi dengan Ilkay Gundogan, Phil Foden dan Kevin De Bruyne meledak jaringan pada babak pertama. Chelsea yang mendapat gol menerusi Callum Hudson-Odoi pada masa kecederaan hanya mampu melakukan dua... Klik […]

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *