Penampilan penyanyi bersuara lunak iaitu Wany Hasrita di pusingan ke-3 Semi Final Muzik Muzik pada 15 Disember 2020 nampaknya gamat diperkatakan di laman sosial.
Wany dilihat tampil mengenakan busana gaun kembang warna merah jambu yang dinamakan ‘Cinderella 1 meter’ ketika ditemu bual Haziq dan Sherry Al-Hadad.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah pemakaian inner ataupun hijab style yang digayakan oleh Wany ketika beliau menyanyikan lagu Belenggu Rindu bersama dengan Jamal Abdillah dikatakan seakan tidak kena dengan gaun kembang merah jambu yang dikenakan oleh Wany.
Malah, ada juga yang sempat bergurau merasakan Wany mungkin tidak sempat bersiap kerana beliau merupakan persembahan pertama yang dipersembahkan di SFMM35, lihat sahaja komen komen warganet di bawah ini :
Dalam pada itu, ada yang berpendapat gaun kembang warna merah jambu digayakan Wany adalah hasil inspirasi dari busana Lady Gaga ketika menghadiri Met Gala 2019.
Alahai korang ni, sebenarnya not bad juga fesyen Wany, ada peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya tau.
It’s okay Wany, pedulikan kata-kata haters, yang penting Wany happy!
Post comments (0)