Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Tangan Anak Bertukar Warna Putih & Kecut,” Ibu Kongsi Detik Cemas Terkurung Dalam Bilik Air Selama 7 Jam

today18 March 2021

Background

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terperangkap dalam bilik air? Mesti panik dan menjerit panggil family atau housemates untuk bantu bukakan pintu kan? Tapi, macam mana pula jika pada waktu itu anda berseorangan di rumah?

Baru-baru ini menerusi laman Instagram, seorang wanita yang juga ibu kepada dua orang anak perempuan telah berkongsi tentang pengalamannya terperangkap dalam bilik air selama 7 jam.

“Masa tersedar terkunci dari dalam, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble,”

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membuka tombol pintu yang tiba-tiba jammed sehingga penyangkut baju yang dipakai untuk mengetuk tombol berkenaan turut tercabut.

“Paling risau kan anak-anak,sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita org nak survive buka air heater paling panas tapi risiko sesak nafas.”

“Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa plak menyusu je. Sampai tahap kita dah hypo. Dah lemah rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup je mata,”

Jelasnya lagi, beliau turut cuba untuk mengalihkan perasaan panik dengan mencuci tandas.

Bila Mikayla cakap “Im cold” sebab Mikayla sejenis kalau tidur dalam aircond taknak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati. Dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut……,”

Tambah wanita tersebut lagi, sekitar jam 2 petang suaminya berasa tidak sedap hati apabila dirinya tidak mengemaskini sebarang perkara menerusi sosial media.

“Pukul 4:30 dia tergerak hati nak pergi skolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah,”

Pada akhir posting, ibu berkenaan sempat meninggalkan pesan kepada orang ramai supaya bawalah telefon bimbit kemana sahaja.

 

Sumber: Instagram Safra Hussain

Written by: Azra Azuar


Previous post