Jika pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 dahulu kita semua tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid, tetapi kali ini di bulan Ramadan jemaah telah dibenarkan untuk ke masjid dengan syarat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Namun satu foto yang penuh maksud tersurat dan tersirat telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.
Foto tersebut diambil olehnya sendiri ketika mengunjungi sebuah masjid yang mana secara jelas menampakkan terdapat ruangan kosong yang sudah di ‘reserved‘ untuk golongan kenamaan.
“Kalau yang cop tempat tu bilal dan imam saya fahamlah. Ni apa benda ni ambil separuh ruang masjid. Astaghfirullah!!!”
Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan kecewa mereka melihat foto tersebut.
Bagi mereka ada lah tidak wajar untuk ‘booking‘ tempat untuk solat kerana ia dianggap sebagai pilih bulu oleh sesetengah masyarakat.

Kebanyakan yang datang awal ke masjid sudah semestinya mahu solat di ruang hadapan tetapi jika perkara begini yang terjadi, nampak gayanya mereka tetap perlu berada di saf belakang.
Mungkin tempat tersebut sudah dikosongkan untuk mana-mana menteri, DYMM Tuanku atau Kerabat Diraja.
Apa pun, kita hanya fikir positif sahaja lah okay!
Sumber foto: Twitter