Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terharu Bila Ada Adik Macam Ni, Kakak Nak Belanja Pun Dia Tolak

today19 October 2020

Background

Hubungan adik-beradik ni ada bermacam ragam tau. Mereka adalah darah daging kita dan menjadi ahli keluarga yang sangat rapat. 

Namun tak dinafikan, ada je hubungan adik-beradik yang renggang. 

Tapi mesti best kalau ada adik-beradik yang baik dan memahami, rasa senang hati je kalau balik rumah.

Perkongsian video di Twitter @ahs04_ menunjukkan tingkah adik lelakinya yang sedang makan manisan yang dijual sang kakak. Namun adiknya enggan menerima pemberian si kakak secara percuma, sebaliknya dia nak bayar juga.

https://twitter.com/ahs04_/status/1317443724524204032?s=19

Ada pemilik akaun yang membalas ciapan tersebut dengan perkongsian tentang adiknya pula yang baru berusia 7 tahun. Baik sungguh dia walaupun masih muda.

https://twitter.com/armeltistic/status/1317671213330817025

Di sebabkan pemilik akaun yang berkongsi video tersebut adalah seorang peniaga yang menjual manisan yang dimakan adiknya, terdapat beberapa balasan tweet yang membandingkan sikap ahli keluarga yang memahami, dengan segelintir kawan yang tidak membantu, tapi asyik minta ‘tester’ je. 

Anda ada ke pengalaman macam ni? 

Pemilik akaun @adhycharmant pula berkongsi kisah lucu yang berbeza tentang adiknya di rumah. Agaknya macam mana la cara dia tuntut hutang ye?

Walau bagaimanapu hubungan adik-beradik tu, ia adalah hubungan yang di ibaratkan “air dicencang tak kan putus.”

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Gadis Ini Sedih Kena Kuarantin, Tapi Tak Sangka Pula Frontliners Nak Bagi Kejutan

Namun, video yang tular baru-baru ini di Twitter membuatkan ramai semakin kagum dengan frontliners di Malaysia.Menerusi satu tweet dimuat naik oleh seorang gadis yang sedang menjalani kuarantin, dia tidak menyangka akan terima kejutan semasa hari jadinya pada 15 Oktober lalu.Dalam video tersebut yang mendapat lebih 277,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis, kelihatan beberapa petugas frontliner membawa birthday cake ke biliknya sambil nyanyi... Klik sini […]

today19 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *