Baru-baru ini pelakon dan personaliti media sosial iaitu Harris Annuar terkejut apabila menerima ugutan ‘santau’ daripada seorang individu yang tidak dikenali menerusi direct message (DM) di laman Instagram miliknya.
Harris pada awalnya tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana ini kali pertama beliau menghadapi situasi seperti ini dan turut meminta pendapat rakan-rakan menerusi hantaran di Instagram.

Malah beliau menerima mesej itu pada lewat malam dan merasakan ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh.
“Terima mesej macam itu pada lewat malam, tak kelakar, takut juga. Tambah pula di keheningan malam, iyalah… santau ini bukan perkara ringan dan ia memang ada. Saya tengah ada masa lewat malam semalam, jadi bukalah ruang request direct message, baca pula mesej macam itu”
Demi keselamatan diri, beliau bersetuju untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam terhadap individu tersebut.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
“Alhamdulillah harris baru sahaja buat report untuk tindakan polis di IPD Shah Alam berkenaan apa Yang telah berlaku,Kepada pemilik ig hahaha_mat yg baru je tukar nama ig ke @buat_smpoi (yang mana saya tahu dia akan tukar lagi nama lepas ni?)saya ada hadiah hari raya untuk awak,Alhamdulillah dengan bantuan sahabat sahabat di ig,kami semua tahu gambar yg dipakai sebagai dp awak tu gambar org lain,tak lama lagi lokasi awak pun kami semua akan tahu,Saya dah screenshot semuanya dan serahkan kepada polis ,sekarang Kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan,dan In Sha Allah yang paling penting kita serahkan juga segalanya kepada Allah , sekalipun awak terlepas azab di dunia tak bermaksud awak terlepas azab di akhirat”
Dalam pada itu, Harris turut memohon maaf kepada individu tersebut jika benar beliau ada melakukan kesalahan sehingga individu itu sanggup mengugut untuk menghantar santau.
View this post on Instagram
Kami di Hot FM mendoakan semoga segala urusan Harris dipermudahkan dan dilindungi Allah SWT.
Sumber : Instagram Harris Anuar